Thursday, 19 July 2018

how i met your bapa #1




"Kenal macam mana?"

"Lama sudah kamu kenal?"

"Mesti kenal di airport kan? Masa masih lagi di belajar di Kelantan."

"Selalunya cikgu mesti kahwin dengan cikgu. Berjumpa masa kerja, belajar atau kursus. Tapi, ini cikgu dengan imigresen. Macam mana boleh jumpa?"

Ingat balik setiap soalan, setiap terkaan waktu kami bertunang, saya hanya mampu ketawa besar. Mungkin ini yang betul-betul orang panggil sebagai 'jodoh'. 
Duduk di benua mana pun, walaupun tidak pernah berjumpa sekalipun, kalau benar berjodoh, mesti Allah permudahkan.

Kalau la orang tahu, kalau la dorang tahu, dari tempoh masa kami 'kenal' sehinggalah waktu tunang (12. 12. 17) tu, belum sampai pun 100 hari, dan tidak sampai pun 10 kali kami jumpa, agak-agak famili kami akan bagi persetujuan ka untuk kami berkahwin?

Mungkin tetap bagi. Tapi dengan berat hati dan sedikit was-was barangkali.

Kalau ada yang mengajukan soalan, "kamu tidak rasa ka kamu kelam kabut masa tu?", dengan berbesar hati dan penuh yakin, saya akan jawab 'tidak'.

....sebab, yakin saya bukan pada dia, tapi Allah.

Tipu kalau cakap, sepanjang tempoh kenal sehinggalah sebelum bertunang tu tiada sedikit pun rasa ragu-ragu kalau dia akan tarik diri. Tapi....sekali lagi, Allah ada. Kalau betul dia mahu tarik diri, insya Allah, mesti ada hikmah. hashtag sisyakin. kah!

so, how i met your bapa?
....tunggu. kah! 

 

cheritera chenta Template by Ipietoon Cute Blog Design